Aug 24, 2018

Kebaikan Bekam dan Kelebihan Berbekam Untuk Kesihatan Bekam Klinikal

Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit. Ramai yang mengamalkan berbekam dan menganggap kebaikan bekam adalah salah satu petua dan cara perubatan tradisional untuk mencegah dan mengatasi beberapa penyakit selain untuk mengurangkan kesakitan yang dialami mereka. Sejauh mana kebenaran kebaikan bekam akan membantu proses rawatan dan penyembuhan penyakit mungkin boleh dipastikan dengan perkongsian dari Norida Barudin ini.

Apa Itu Bekam

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan proses mengeluarkan atau membuang darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Jenis-jenis Bekam 

Bekam Kering

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

Bekam Basah 

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih. Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

Bekam Api 

Bekam api juga antara cara berbekam yang popular. Kadangkala disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampagas pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit. Bekam Resdung dan Jerawat Bagi mereka yang menghidapi resdung yang kronik dimana jerawat keluar di permukaan kulit muka dengan banyaknya adalah digalakkan membuat rawatan bekam darah di sekitar muka yang bermasalah, terutamanya pipi, dagu dan dahi. Adakalanya jerawat yang keluar tanpa henti adalah disebabkan mendapan darah kotor di bawah lapisan kulit muka, dan bekam adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk gejala jerawat ini.

Bekam Resdung dan Jerawat

Bagi mereka yang menghidapi resdung yang kronik dimana jerawat keluar di permukaan kulit muka dengan banyaknya adalah digalakkan membuat rawatan bekam darah di sekitar muka yang bermasalah, terutamanya pipi, dagu dan dahi.

Adakalanya jerawat yang keluar tanpa henti adalah disebabkan mendapan darah kotor di bawah lapisan kulit muka, dan bekam adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk gejala jerawat ini.

Kebiasaannya selepas proses bekam tadi wajah pesakit akan lebih nampak bersih dan berseri kerana darah kotor tadi telah di sedut keluar. Bagi pesakit yang mengalami jerawat kronik ini anda di syorkan untuk membuat tiga kali rawatan setiap minggu, insyaallah anda akan lihat perbezaannya.

Bekam Untuk Sakit Kepala

Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan, itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut.

Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Bekam sunnah ini adalah digalakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya.

Bekam Untuk Masalah Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.

Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout, kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. Perlu diingat bahawa ketika kaki yang sakit membengkak itu sangat sakit apabila disentuh apatah lagi untuk dibekam.

Mahu menjerit rasanya jika kawasan yang bengkak itu ditusuk jarum bekam. Perlu menunggu beberapa hari sehingga bengkak itu surut. Apabila sudah surut, kawasan tempat gout itu akan segera dibekam.

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

Kebaikan Bekam

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  • Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.


Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

Kesan Sampingan dan Keburukan Bekam
Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai keburukan dan kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda.

Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

Semoga perkongsian kebaikan bekam untuk kesihatan badan kita akan bermanfaat kepada semua. Kita digalakkan untuk berbekam untuk mengikut sunnah Nabi dan faedah bekam sangatlah banyak.

Norida Barudin
Pen. Peg. Belia dan Sukan S38
Institut Sukan Negara
Related Posts with Thumbnails