Dec 19, 2012

Rawatan Buasir Tanpa Bedah

Ramai yang mengalami ketidakselesaan akibat buasir. Penyakit ini telah saya cerita dengan agak panjang di penulisan saya sebelum ini.

(Lihat Pos oleh Dr Zubaidi)

Namun apabila saya membayangkan perkataan “bedah”, ramai yang menulis email kepada saya semula dan bertanyakan rawatan yang boleh didapati selain dari pembedahan.

“Saya bukannya tidak mahu bedah, tapi menurut rakan saya yang mengalami masalah yang sama dan telah dibedah, luka pembedahan di dubur sukar untuk sembuh…”

Saya tersenyum mendengar alasan yang diberikan.

Sudah semestinya luka di bahagian dubur agak sukar untuk sembuh kerana di situ terdapat banyak kuman dan lendiran. Tidak mungkin luka di kawasan dubur akan kering dalam masa yang pendek.

Akibat luka yang lambat sembuh ini menyebabkan pesakit selalu mengalami trauma ketika mahu membuang air besar kerana apabila najis keluar dari lubang dubur itu, selalunya pesakit akan merasa sakit. Oleh itu ada pesakit rela untuk tidak makan kerana bimbang akan menyebabkan terkumpulnya banyak najis di usus besar.

Walaubagaimanapun, pembedahan selalunya harus dilakukan kepada buasir yang besar dan tidak dapat lagi dirawat dengan rawatan ubat-ubatan. Tanpa pembedahan kemungkinan buasir bertambah teruk.

“Doktor baru-baru ini saya ternampak klinik pakar buasir yang merawat menggunakan kaedah suntikan. Mengikut pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sana, ianya berkesan. Mengapa pihak hospital tidak menyediakan rawatan ini?”

Saya tersenyum sekali lagi. Saya percaya klinik yang dimaksudkan bukanlah klinik yang dikendalikan oleh doktor yang bertauliah.

Klinik-klinik ini biasanya dikendalikan oleh tabib Cina. Malah ada juga pengamal bekam yang merawat buasir. Saya amat hairan bagaimana buasir yang berada di dubur dapat dirawat dengan membuang darah pada punggung dan pinggang. Mungkin mereka mengagak “darah kotor” dari dubur mampu ‘bergerak ke atas’ dan dikeluarkan melalui kulit punggung dan pinggang.

Saya tidak manafikan adakalanya rawatan yang mereka berikan adakalanya berkesan. Itu semua bergantung kepada jenis dan saiz buasir yang yang dialami oleh pesakit.

Terdapat juga beberapa doktor Pengamal Perubatan Am yang melakukan rawatan suntikan di klinik mereka. Asalkan mereka berpengalaman dan terlatih, saya percaya pesakit tentu akan dapat manfaat dari penggunaan menggunakan kaedah rawatan buasir dengan cara suntikan.

Cara rawatan suntikan yang biasa dilakukan ialah sclerotherapy di mana suntikan jarum yang mengandungi pembeku darah (sclerosant) disuntik pada saluran darah yang bengkak (buasir) lalu menyebabkan buasir itu menjadi keras, membentuk parut dan kemudiannya tanggal sendiri.

Suntikan untuk buasir selalunya dilakukan dengan mudah tanpa perlu dimasukkan ke dalam wad. Prosedur ini selalunya dilakukan di bilik doktor dan memakan masa tidak lebih dari dua jam. Buasir yang mempunyai bilangan yang melebihi satu dapat dirawat serentak dengan menggunakan teknik ini.

Oleh itu ramai pesakit yang memilih rawatan ini kerana ianya cepat memberikan kesan. Namun begitu buasir ini boleh berulang semula. Selalunya akan berulang selepas setahun terutama pada pesakit yang mengalami sembelit yang kronik.

Semasa bekerja di Jabatan Pembedahan, saya pernah bertanya kepada Consultant Surgeon soalan yang sama, iaitu ‘mengapakan rawatan suntikan tidak digunakan’.

Doktor di hospital lebih bimbang akan kesan sampingan yang boleh berlaku jika cuai ketika menyuntik sclerosant.

Komplikasi mungkin dialami ialah pembekuan darah pada saluran vena buasir akan pecah menjadi serpihan-serpihan darah beku yang kecil (venous thromboembolism) dan bergerak ke organ-organ tertentu seperti otak, paru-paru dan jantung.

Jika ia bergerak ke otak, boleh menyebabkan stroke. Jika bergerak ke paru-paru dan jantung boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas. Serpihan darah beku yang bergerak ke saluran darah di mata pula boleh menyebabkan gangguan penglihatan dan buta.

Kesan sampingan ini biasanya berlaku jika doktor memberikan dos suntikan yang berlebihan untuk merawat buasir yang bersaiz agak besar. Ia juga berlaku jika perawat atau doktor tersilap memberikan suntikan pada saluran arteri (sepatutnya saluran vena).

Kesan sampingan inilah yang menjadi trauma pada doktor yang merawat kerana pesakit boleh meninggal dunia, bukan kerana penyakit buasirnya tetapi kerana rawatan yang diberikan.

(rujuk: Morrison N and Neuhardt D L (2009). “Foam Sclerotherapy: cardiac and cerebral monitoring”. Phlebology 24 (6): 252–259)

Pesakit juga boleh mengalami reaksi anaphalaxis yang menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas serta-merta sebaik sahaja suntikan diberikan. Kesan reaksi ini amat cepat dan boleh menyebabkan kematian yang mengejut.

(rujuk: Scurr JR, Fisher RK, Wallace SB (2007). “Anaphylaxis Following Foam Sclerotherapy: A Life Threatening Complication of Non Invasive Treatment For Varicose Veins”. EJVES Extra 13 (6): 87–89)

Oleh itu doktor selalunya berhati-hati ketika menimbangkan pilihan rawatan buasir menggunakan teknik suntikan.

Bagi pesakit yang cuba mengelakkan pembedahan, rawatan secara suntikan adalah pilihan yang agak baik. Namun harus berbincang dengan doktor yang merawat dan meneliti kesan sampingan yang mungkin diterima jika pesakit itu mempunyai penyakit kronik yang lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi, asthma atau lainnya.

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (141211)

Dec 18, 2012

I-City jadi kebun kelapa sawit

Ni aku quote dari blog entry mychannels.org

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... 
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.
Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya. >> BACA SETERUSNYA 

Dec 12, 2012

Wanita hamil dan BUASIR

Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal. Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat kehamilannya.

Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir. Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang sesuai.

Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami penyakit buasir.

“Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu. pada 19.10.11 saya mengalami BUASIR dan ‘ketumbuhan’ itu masih boleh ditolak masuk dubur, tetapi ia keluar dengan sendirinya. Keesokan paginya (20.10.11) ia menjadi bengkak dan sakit sehingga tak boleh ditolak masuk semula.

Selepas pemeriksaan di klinik, doktor membekalkan saya ubat suppositori. Namun saya masih mengalami sakit yang tidak tertahan sehingga menyukarkan pergerakan.

Pada 25.10.11, saya dirujuk ke hospital kerana sakit tidak berkurangan. Setelah diperiksa pakar bedah, saya didiagnosakan sebagai “trombosed haemorrhoid stage II”. Doktor pakar surgeri cuba memasukkan semula buasir yg bengkak,tetapi tidak berjaya. Saya diberi ubat lactoluse kerana 3 hari tidak buang air besar dan dinasihatkan mengamalkan diet bubur.

Pada 26.10.11,saya membuang air besar 4 kali, najis lembut berwarna hijau dan kelabu dan tiada darah lagi. Sakit pada dubur semakin berkurangan selepas disapu dengan sapuan topikal. Akhirnya dibenarkan keluar dan dibekalkan tablet daflon, beserta liquid parafin. Sakit hilang,

Walaupun tidak lagi sakit, tetapi saya masih berasa pedih sedikit selepas buang air besar. Namun buasir tidak boleh dimasukkan semula.

Doktor, adakah saya perlu rujuk pakar bedah semula kerana buasir masih tidak boleh dimasukkan semula walaupun tidak sakit dan tiada darah. adakah keadaan ini akan berlanjutan sehingga saya melahirkan nanti?

Harap dr dapat menjawab soalan saya,keadaan ini membuatkan saya stress ditambah lagi baru kehilangan arwah bapa akibat barah usus.Sekian,terima kasih”.

Wanita hamil, Klang.

Tidak ada ayat yang dapat melegakan kesakitan fizikal dan emosi yang dihadapi oleh beliau. Namun percayalah bahawa setiap ujian diberikan berbentuk penyakit dan kerisauan akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah. Sesungguhnya, setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian bagi menguji setakat mana keimanan mereka.

Penyakit buasir atau “hemorrhoids” biasanya dihadapi oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Mereka mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan orang muda. Tetapi buasir boleh juga disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah faktor keturunan, sembelit, kehamilan, dan aktiviti mengangkat berat.

Hemorrhoids boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. ’Internal haemorrhoid’ berlaku apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara ‘external haemorrhoids’ pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur. Buasir yang disebabkan oleh internal hemorrhoids boleh berdarah dari dalam saluran dubur dan ‘terkeluar’ (prolapse). Pesakit boleh merasa ada ‘ketumbuhan’ di luar lubang dubur (anus) mereka terutama ketika buang air besar.

Internal hemorrhoids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian (stage).

Stage I: Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar

Stage II: Buasir terkeluar dan boleh dimasukkan semula dengan sendirinya , sama ada berdarah atau tidak

Stage III: Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, sama ada berdarah atau tidak

Stage IV: Terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.

Pembahagian ini perlu difahami kerana doktor akan merawat buasir mengikut tahap serius buasir itu. Malangnya saya tidak memeriksa pesakit dan saya mengharapkan agar apa yang saya tulis ini akan membantu pesakit ketika berbincang dengan doktor yang merawat nanti.

Kalau mengikut cerita yang diberikan, saya percaya buasir yang puan hadapi telah memasuki stage III atau stage IV kerana buasir itu tidak boleh dimasukkan lagi. Jika boleh pun, ia agak sukar.

Isu yang dihadapi bukanlah isu sama ada buasir itu keluar atau tidak, tetapi pesakit tidak dapat menanggung lagi kesakitan. Kesakitan buasir di sekitar lubang dubur disebabkan oleh pembekuan darah (thrombosis) dalam buasir. Darah yang beku ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kuman dan bernanah.

Selalu juga pesakit yang berjumpa saya mengadu lubang dubur mereka gatal akibat ada lendiran yang keluar dari situ. Ini tentunya akan menyebabkan jangkitan kuman yang agak teruk nanti. Oleh itu haruslah dibersihkan dengan cara melakukan teknik sitz-bath. Caranya ialah dengan duduk dalam basin yang mengandungi rendaman yang dicampurkan ubat bagi membersihkan lubang dubur dari jangkitan kuman.

Buasir di peringkat awal, dirawat secara konservatif iaitu dengan memberikan ubat-ubat seperti ubat mengurangkan sembelit, ointments atau suppository yang dimasukkan ke dalam lubang dubur. Pada kebiasaannya doktor tidak melakukan pembedahan besar terhadap pesakit yang mengalami buasir yang boleh dimasukkan semula.

Pembedahan ringkas ‘daycare’ hanya dilakukan pada pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan akibat buasirnya dan ubat-ubatan yang diberikan tidak lagi memberikan kesan yang baik. Pembedahan ringkas seperti ini sesuai untuk pesakit buasir Stage I, II, atau III.

Pembedahan ringkas ‘daycare’ hanya dilakukan pada pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan akibat buasirnya dan ubat-ubatan yang diberikan tidak lagi memberikan kesan yang baik. Pembedahan ringkas seperti ini sesuai untuk pesakit buasir Stage I, II, atau III. Hemorrhoids boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. ’Internal haemorrhoid’ berlaku apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara ‘external haemorrhoids’ pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur. Buasir yang disebabkan oleh internal hemorrhoids boleh berdarah dari dalam saluran dubur dan ‘terkeluar’ (prolapse). Pesakit boleh merasa ada ‘ketumbuhan’ di luar lubang dubur (anus) mereka terutama ketika buang air besar.

Internal hemorrhoids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian (stage).

Stage I: Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar

Stage II: Buasir terkeluar dan boleh dimasukkan semula dengan sendirinya , sama ada berdarah atau tidak

Stage III: Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, sama ada berdarah atau tidak

Stage IV: Terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.

Pembahagian ini perlu difahami kerana doktor akan merawat buasir mengikut tahap serius buasir itu. Malangnya saya tidak memeriksa pesakit dan saya mengharapkan agar apa yang saya tulis ini akan membantu pesakit ketika berbincang dengan doktor yang merawat nanti.

Kalau mengikut cerita yang diberikan, saya percaya buasir yang puan hadapi telah memasuki stage III atau stage IV kerana buasir itu tidak boleh dimasukkan lagi. Jika boleh pun, ia agak sukar.

Isu yang dihadapi bukanlah isu sama ada buasir itu keluar atau tidak, tetapi pesakit tidak dapat menanggung lagi kesakitan. Kesakitan buasir di sekitar lubang dubur disebabkan oleh pembekuan darah (thrombosis) dalam buasir. Darah yang beku ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kuman dan bernanah.

Selalu juga pesakit yang berjumpa saya mengadu lubang dubur mereka gatal akibat ada lendiran yang keluar dari situ. Ini tentunya akan menyebabkan jangkitan kuman yang agak teruk nanti. Oleh itu haruslah dibersihkan dengan cara melakukan teknik sitz-bath. Caranya ialah dengan duduk dalam basin yang mengandungi rendaman yang dicampurkan ubat bagi membersihkan lubang dubur dari jangkitan kuman.

Buasir di peringkat awal, dirawat secara konservatif iaitu dengan memberikan ubat-ubat seperti ubat mengurangkan sembelit, ointments atau suppository yang dimasukkan ke dalam lubang dubur. Pada kebiasaannya doktor tidak melakukan pembedahan besar terhadap pesakit yang mengalami buasir yang boleh dimasukkan semula.

Pembedahan ringkas ‘daycare’ hanya dilakukan pada pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan akibat buasirnya dan ubat-ubatan yang diberikan tidak lagi memberikan kesan yang baik. Pembedahan ringkas seperti ini sesuai untuk pesakit buasir Stage I, II, atau III.

Antara yang boleh dilakukan ialah infrared coagulation, suntikan pada buasir atau mengikat buasir dengan teknik rubber banding. Selalunya pesakit buasir pada Stage I dan II akan mendapat kesembuhan. Bagi stage III, buasir boleh berulang.

Walau bagaimana pun, buasir yang sakit atau terdapat pendarahan haruslah berjumpa dengan doktor pakar yang memeriksa. Tidak kiralah sama ada ia masih diperingkat awal, eg stage I atau stage II. Doktor pakar akan menentukan sama pesakit sama perlu dibedah atau tidak. Masalah ini bertambah sukar memandangkan pesakit sedang hamil sekarang.

Jadi perbincangan antara doktor dan pesakit amat penting kerana doktor akan menimbang manfaat dan kemudharatan. Apakah pembedahan besar ketika hamil memberikan manfaat? Atau adakah lebih baik dibiarkan pesakit menderita kesakitan sehingga melahirkan anak, memandangkan kemudaratan lebih besar bagi bayi yang berada dalam rahem? Soalan ini sukar saya jawab kerana pertimbangan antara manfaat dan mudharat hanya boleh dilakukan oleh doktor yang merawat.

Pada kebiasaannya, pembedahan yang lebih besar seperti haemorrhoidectomy harus dilakukan kepada pesakit buasir pada Stage III atau IV hemorrhoids.

Ketika dibius pengsan, doktor boleh melakukan pemeriksaan usus colon jika pesakit bimbang akan risiko kanser usus besar (colon) sepertimana yang dihadapi oleh arwah bapa beliau dengan teknik flexible sigmoidoscopy.

Luka pembedahan buasir tidak dijahit dan biarkan begitu saja bagi mengelakkan nanah berkumpul pada luka pembedahan. Namun ada juga beberapa benang yang mungkin dijahitkan, bertujuan untuk mengurang pendarahan yang teruk selepas pembedahan.

Risiko yang biasa dihadapi selepas pembedahan ialah pendarahan dan jangkitan kuman. Pesakit juga kadang kala merasa sakit yang kuat apabila otot dubur mengecut. Kadang kala pesakit tidak buang air besar dan tidak selera makan kerana takut untuk membuang najis dan merasa sakit.

Luka selepas pembedahan akan sembuh antara dua minggu hingga sebulan. Jadi sepanjang tempuh ini, pesakit masih menderita kesakitan.

Jadi sama ada wajar atau tidak pembedahan dilakukan, adalah isu yang harus dibincangkan dengan doktor pakar. Pembedahan tidak akan melegakan kesakitan kerana proses penyembuhan memakan masa yang agak lama. Walaubagaimanapun, kesengsaraan itu akan berakhir apabila luka pembedahan itu telah sembuh.

Wa allahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (031111)
Related Posts with Thumbnails