Jun 5, 2012

Refinance Rumah


Cara Buat Refinance Rumah

Secara asasnya, ada 3 tujuan yang biasa kami dengar tentang pembiayaan semula rumah ini :

  1. Nak kurangkan bayaran bulanan
  2. Nak dapatkan duit samada untuk buat renovation, setelkan hutang dan sebagainya.
  3. Ada offer baru dari bank yang lebih bagus dari pembiayaan sekarang.

Tetapi, yang selalu kita dengar golongan yang biasa buat refinance ini, adalah terdiri daripada golongan dari 1. dan 2. tadi. Baiklah, sebelum nak refinance rumah, kita sendiri perlu tahu apa tujuan sebenarnya apabila mahu buat pembiayaan semula rumah ini. Ramai yang buat silap dengan refinance rumah disebabkan untuk mendapatkan duit semata dan kemudian beli barang-barang yang tidak perlu atau maksudnya berjoli. Ini selalu yang kami nampak pada kebanyakan orang. Namun, terpulanglah. Sendiri punya duit, pandai-pandaila uruskan bukan. Terpulang. Nak cakap banyak, masing-masing dah besar.

Okey……setelah anda dah tahu apa tujuan anda nak buat refinance ini, barulah kita pergi “jalan-jalan” dulu ke setiap bank untuk mendapatkan pilihan tawaran yang terbaik. Bersesuaian dengan kehendak dan tujuan kita tadi. Lain bank, lain kadar faedah serta keistimewaannya. Namun, apa yang penting adalah anda mestilah mencari tawaran yang terbaik bersesuaian dengan apa tujuan anda. Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pembiayaan semula ini.

Cara Buat Refinance Rumah

Di antaranya ialah:

1) Maklumat Kediaman:

  • Alamat rumah dan jenis hartanah .
  • Keluasan tanah .
  • Build up area@Keluasan Dibina
  • Freehold@ leased hold
  • Ada pernah buat Renovation & Kos
  • Jumlah Pinjaman Sebelum Ini
  • Jangkamasa Pinjaman.e.g 25 tahun
  • Bayaran bulanan pinjaman
  • Tarikh pembayaran pinjaman pertama
  • Jangkamasa Lock-In
  • Harga Semasa Kediaman

2) Parameter Pembiayaan

  • Pembiayaan 80%@90% pada harga semasa
  • Faedah pembiayaan yang ditawarkan
  • Jumlah bayaran bulanan maksimum
  • Jangkamasa pembiayaan.e.g 20 tahun@25 tahun@30 tahun
  • Jenis Pembiayaan-Flexi Konvensional@Fixed Islamik
  • Jangkamasa Lock-Down.Kebiasaannya adalah 3 hingga 5 tahun
  • Kemudahan Pembayaran Awal(samada tidak dikenakan penalty dan kadar faedah berkurangan)
  • Faedah Daily Rest@Monthly Compounded
  • Zero move in cost atau Non Zero move in cost

Baiklah, apabila anda sudah sudah tahu maklumat dan parameter pembiayaan seperti di atas tadi, adalah lebih baik anda meminta quote harga kepada sebanyak bank yang boleh. Selidik quote tersebut dengan teliti dan sebaiknya.Jangan tandatangan apa-apa lagi pada waktu ini. Setelah itu, pilih 3 yang terbaik dan isi borang serta hantarkan kepada bank-bank berkenaan. Setelah mendapatkan offer letter dari pihak bank, jangan tandatangan lagi. Gunakan offer letter tersebut untuk counter offer dari bank-bank yang terdiri dari 3 yang terbaik tadi. Ini adalah trick untuk mendapatkan lebih banyak faedah seperti kadar faedah yang lebih rendah serta fleksibiliti pembayaran.

Selepas anda sudah memilih dengan tawaran yang paling terbaik tadi, barulah anda boleh menandatangani perjanjian. Dan jangan lupa, sering kami ingatkan di sini bahawa klausa perjanjian perlulah dibaca dengan teliti. Ramai yang ambil mudah benda-benda ini. Almaklumlah tebal bebenor, sampai naik rimas pula nak kaji selai-selai kan? Tapi benda ini penting. Ada klausa-klausa perjanjian tertentu yang perlu diambil perhatian seperti penyelesaian awal.

Ada sesetengah bank menawarkan penyelesaian awal tanpa dikenakan faedah atas jumlah pinjaman dan ada juga yang tidak menawarkan fleksibiliti berikut. Jadi, itu adalah contoh yang perlu anda ambil perhatian. Berikut di bawah juga diberikan jenis-jenis pembiayaan perumahan yang biasa terdapat di bank-bank di Malaysia. Maaf, ianya dalam bahasa Inggeris. Ada lebih baik kami tuliskan ia begitu kerana rasanya ia lebih mudah faham dari terma bahasa Melayu.

Cara Buat Refinance Rumah

TERM LOAN (TL) FEATURES

  • Traditional Basic Home Loan
  • Amortizing (Reducing) based on loan tenure.
  • No withdrawal allow
  • Pre-Payment allows for completed property.
  • Semi-Annual/Annual Home Loan Statement given.
  • Must Discharge from Bank upon full settlement.
  • Suitable for Fixed income earner (Employment) with minimal saving surplus.
  • No Monthly Maintenance Charges
  • Daily Rest Calculation* – subject to bank’s packages offered (Not applicable for Islamic Loan)

TERM LOAN (TL) TYPES
A) Conventional Flexi-Term Loan.

  • Multi Tiers Rates.
  • Follow BLR fluctuations.
  • Installment is not fixed as BLR will fluctuate.
  • No Withdrawal allows. *Currently few banks allow withdrawal if you paid extra – min. RM5K per w/draw & RM50 fee, will be charge.
  • Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  • Only few bank’s package allow prepayment during construction period.* subject to package term & conditions.

B) Flexi-Fixed Rates Term Loan.

  • Single Tier Rate.
  • No BLR fluctuation affects.
  • Installment & Total Repayment is Fixed.
  • No Withdrawal allows.
  • Penalty will be charge if you are to REFINANCE within LOCK-IN Period.
  • No Penalty for Fully Settlement or Sell Of Property – Anytime.
  • Allow prepayment during construction period.
  • Minimal Chances of Refinancing since the current rate is lower the BLR. Unless You need to cash out.

OVERDRAFT LOAN (OD) FEATURES

  • Normally is a Single Tier Rates.
  • Follow BLR fluctuations.
  • Loan A/C = Current A/C = Not Amortizing (Reducing) loan.
  • Higher Interest Rate compare to TL.
  • Allow withdrawal by issuing checks.
  • Allow Pre-Payment.
  • Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  • Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
  • No need to discharge upon fully settlement – standby cash
  • Withdrawal Limit = evergreen not amortizing – will chop 20% standby limit at the end of the year starting age 60.
  • Loan above RM250,000 will have 1% commitment fee annually
  • Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover
  • Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives
  • RM10 maintenance Charges.*
  • Daily Rest Calculation.
  • No need to Refinance again since OD allow standby Cash upon early fully paid off.

FLEXI-WITHDRAW LOAN (Hybrid Loan) – Combination of Term Loan & Overdraft facility

  • Multi Tiers Rates
  • Follow BLR fluctuations.
  • Installment is not fixed as BLR & loan outstanding will fluctuate.
  • Allow prepayment during construction period.
  • Penalty will be charge if you are to REFINANCE, SELL OFF or FULLY SETTLE within LOCK-IN Period.
  • Loan A/C = Current A/C + ATM card => Amortizing (Reducing) loan 07. Monthly Home Loan Statement given. (Current A/C Statement)
  • No need to discharge upon fully settlement – standby cash
  • Withdrawal Limit Amortizing – Follow Term Loan Amortizing
  • No Annual commitment fee .
  • Suitable for Businessmen / Self employment with big cash flow turnover.
  • Client With Bounces Check blacklisted will not entitled for this loan – CTOS BMC positives.
  • RM10 maintenance Charges.
  • Daily Rest Calculation.
  • Interest Rate Cheaper Than OD rate.
  • No need to Refinance again since Hybrid Loan allow standby Cash upon early fully paid off.

Cara Buat Refinance Rumah

Sekali lagi, ianya bergantung kepada tujuan anda ingin membuat pembiayaan semula ini. Namun, kami lebih suka sekiranya pembiayaan semula digunakan untuk membuat pelaburan baru ataupun mengurangkan kadar bayaran bulanan disamping mendapat lebihan wang untuk membuat pelaburan seperti membeli rumah lelong, menyimpan di ASB dan sebagainya dari mengubahsuai rumah. Ini kerana, bagi saya pembiayaan semula bertujuan untuk kita mendapatkan lebihan wang sebagai tujuan utama. Jadi, untuk memaksimakan duit tersebut, adalah lebih baik dari melaburkannya. Dan dari faedah pelaburan seperti ASB, rumah sewa, Homestay dan sebagainya, ianya sedikit sebanyak juga dapat menambahkan lagi pendapatan.

Namun ianya terpulang kepada anda. Berkemungkinan anda menghadapi masalah kewangan dan ingin menyelesaikan hutang seperti hutang kad kredit,pinjaman peribadi dan sebagainya. Jadi, pokok pangkalnya disini, tujuan pembiayaan semula anda hendaklah memberikan faedah atau kesan positif kepada anda, dan bukan sebaliknya. Sekali lagi, sekiranya anda ada apa-apa info yang mahu ditambah, sila kongsikan dengan rakan-rakan pembaca di ruangan komen.Ayuh!

1 comment:

  1. salam..sy ingin bertanya apa dokumen yg diperlukan untuk membuat refinance nie ? adakah prosedur sama seperti membuat loan baru ? atau dokumen yg sedia ada masih boleh digunakan ? maksudnya slip gaji,kwsp dan bank penyata mahu yg baru atau yg lama masih digunapakai ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails