Feb 7, 2011

MyBrain15



Sapa2 yang rajin nak belajar lagi boleh tgk iklan ni dari KPT. Program ni dinamakan MyBrain15, MyBrain15 adalah Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan Kementerian Pengajian Tinggi di Bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Program ini berkuatkuasa mulai 1 Disember 2010.

Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia.


click untuk : Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi


0 COMMENT :

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails