Jan 22, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT


SULTAN JOHOR MANGKAT

SULTAN JOHOR MANGKAT



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Sumber: Berita Harian




Jan 17, 2010

Adsense for domain-Nota dalam bahasa melayu

Original Article : ygmenarik.blogspot.com

Nota ini sebagai panduan dan mudah untuk saya buat rujukan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi dengan pembaca

Apa yang dimaksudkan dengan Google For Domain (AFD) ni?Kalau korang ada acc google adsense,pasti korang akan perasan google for Domain ni selepas adsense for content,adsense for search dan adsense for feed.Aku pasti ramai yang masih tak faham akan fungsi dan macam mana google for domain ni dapat memberikan kita income yang begitu mudah dengan hanya menggunakan domain sendiri like (com,net,org,)dan lain2 lagi.

Mungkin ramai diantara blogger2 merungut dan mungkin juga yang sudah "fedup" dengan google adsense ni sebab susah nak dapat click dan susah nak dapat income.Jangan putus asa,masih ada cara lain untuk dapat income dengan GA ni dengan menggunakan domain sendiri.Mengikut kajian yang aku jalankan di forum dan juga laman blog blogger2 lain,ramai yang berpendapat AFD ni lebih mudah nak dapat income.Kenapa ramai yang cakap macam ni? Ok,sebab utama AFD ni senang nak dapat income kerana earning yang kita dapat bukan melalui click, tetapi cukup sekadar visitor taip url domain kita.Mudah bukan?

Pada entry hari ini,aku tak akan ulas tip2 dan cara untuk dapatkan income dengan AFD.Aku sekadar ingin berkongsi apakah itu Adsense For Domain secara lebih terperinci untuk korang lebih paham.Ok,mengikut maksud AFD di Google,

*AFD membenarkan kita yang mempunyai domain yang tidak dimajukan untuk membantu pelawat mereka memberikan maklumat yang relevan termasuk iklan, link dan search results kepada pembaca domain tersebut.

*Dengan AFD ni juga,pelawat domain korang akan mendapat sesuatu yang beharga daripada berjumpa dengan laman web kosong atau "page not found".

*Kalau korang ada domain yang tidak dibangunkan, AFD ni akan membantu pelawat domain korang. Dengan erti kata lain, mereka akan mendapat pengalaman pelayaran internet yang lebih baik .

*AFD juga memberikan pengiklan peluang lebih banyak untuk mencari pelanggan dan domain korang akan menjadi tapak untuk mereka mencari pelanggan.Ia juga dikenali sebagai "Win to win situation".

Itulah serba sedikit mengenai Adsense For Domain.Diharapkan dengan info ni dapat membantu korang dan sekaligus dapat mengembalikan semangat korang untuk aktif semula dengan google adsense.

Tips:

Sebelum aku nak merapu panjang2 pasal entry aku malam ni,aku cadangkan korang baca entry aku dekat sini terlebih dahulu untuk memudahkan korang paham apa itu Adsense For Domain.

Entry lepas,aku ada mention untuk bagi tip2 macam mana nak dapatkan earning dengan adsense for domain.So,malam ni baru ada mood sikit nak post pasal entry ni.Kalau korang masih lagi belum menjana 1 sen pon dengan AFD,boleh la teruskan baca entry nih dengan bacaan bismillah dan segelas air teh.

Dibawah ni SS earning aku dengan AFD dalam masa sebulan.Sebelum ni nak dapat earning punya la susah.Lepas2 aku explore pasal AFD ni dengan berpandukan google dan juga forum,aku berjaya menjana earning hari demi hari walaupun sikit, aku tetap berpuas hati dan dengan AFD juga,earning aku berjaya mencecah 100 dolar ++ .Kalau tak dak halangan melintang dan diberi rezeki,insyaallah dalam 25hb ni aku akan terima la payment dari google.(doa2 la yer)





Tip aku nak bagi ni aku kumpulkan dari blogger2 yang dok bincang di forum dan juga tip yang aku guna pakai sendiri.Aku nak share kat sini bukan sebab aku pro.Tetapi disebabkan aku rasa benda2 camni patut dikongsi.Jangan kedekut ilmu sangat.Nanti rezeki tak masyuk.Sapa setuju? :)

Ok tanpa berlengah lagi,mari kita baca tip2 nak dikongsi ni.Aku andaikan korang dah paham apa itu adsense for domain la yer.

1) Masuk youtube,cari dan download video yang hit tinggi,then edit video tu semula .jangan lupa link kan sekali url domain korang dekat video tu dan upload semula video tu ke youtube
2) Download Software Fast Blog Finder dari www.fastblogfinder.com kemudian, carik blog yang dofollow dan PR2 ke atas yang sama niche dengan domain kita tuh. Kemudian bagi komen yang bernas. And then, letak nama dan domain AFD pada hujung komen tersebut. (jangan Spam!)

3. Submitkan artikel di Ezine Article dan masukkan link domain AFD di bawahnya.
4. Beli software referer X and then, promotekan domain AFD kita tuh.
5) Guna social networking web like facebook,myspace,friendster,tagged dll untuk promote link url kita tu.(perlu ingat jangan buat live link!)
6) promosikan link AFD melalui offline.Macam mana?korang buat la satu banner,name card x pon sticker lekat dekat kereta @ motor korang tu then korang p la ronda2 satu town.20-30% manusia yang nampak url korang tu pasti akan taip bila diorang tgh online.
7)link kan url AFD korang di signature forum.Melalui cara macam ni,peratus untuk korang dapat pelawat amat tinggi sekali.Kalau boleh cari forum mat salleh punya.Earning korang akan lebih tinggi jika pelawat tu datang dari eropah berbanding asia.
8) Guna keyword yang bernilai tinggi.Macam mana nak dapat keyword yang bernilai tinggi ni? search di google atau yahoo " high paying keyword " nanti korang dapat la keyword tuh.
9) Guna Yahoo Messenger,MSN,Skype,dll.Melalui cara ni memang mudah untuk korang dapat earning AFD.join chat room belah2 eropah sana especially US.Korang ajak la diorang sembang2 pastu korang promote la link AFD korang tu.Tapi perli ingat jangan bagi live link!
10) Gunakan Email.Ini lagi satu teknik mudah untuk korang promote link AFD.aku pasti korang yang baca entry ni pasti ada 1 email tak pun lebih bukan?Aku pasti juga setiap hari korang mesti akan send email ataupun forward email dekat kawan2 bukan?haa.dah alang2 berEMAIL tu,korang tinggalkan la signature link AFD korang tu.
11)Gunakan gambar.Korang cari la gambar2 yang boleh buat pelawat yang tengok gambar korang tu tertarik untuk taip url korang tu.Dah dapat gambar menarik korang link kan url AFD korang tu di gambar tu then forwardkan dekat kawan2 di myspace,friendster,,facebook,tagged dll.

Cukup la kot 11 tip aku nak kongsikan nih.Tiba2 mata aku jadi sayu plak.Maklumlah balik keja lewat hari ni.hohoho

Kalau korang ada tip2 lain untuk dikongsi,jangan segan silu untuk share ok.Sharing is caring tau.hehe

Note : oh ya sebelum aku terlupa,mungkin yang tertanya tanya kenapa tak boleh buat live link?mengikut TOS yang aku baca di google,diorang memang tak bagi kita promote link AFD melalui cara macam ni.Kena promote melalui cara Dead link.Kalau korang berani tanggung risiko cuba la promote melalui live link.Kalau tak kena banned xpela.Tapi peratus nak kena banned amat tinggi sekali :)




Jan 9, 2010

Syahmi Wafiq Update













2010 everything changes

Tak lambat nak ucap happy new year, yes to all "HAPPY NEW YEAR" that means only once it is new year jer yg happy the rest of the year tak HAPPY ke.

Ok, back in Dec 2009, my study leave is approved, so I'm on my way to school back again. Masa ni jugak lah, my lovely Dell XPS laptop blow, dah jual pun dapat la dlm RM700, pastu nasib baik ada member nak jual XPS gak spec upgrade sikit Core 2 Duo , T8300 2.4 GHz processor , tapi kaler tak best warna merah cam hampeh nak wat camna barang second hand.

so bye bye my black XPS



and welcome



ok enough for the XPS , to make it worst though , my dopod oso kong, the battery life last for 2 hours max, so sell it oso at lowyat.net,


and looking for HTC Touch HD or iphone , yet in my pocket.



Qistina oso go to school, and I'm mobile on / off at home. So this Jan 2010, lots of thing changes, still adapting with the new environment.







Jan 7, 2010

Backup Windows Mobile Data With PIM Backup

The free PIM Backup application is a tenable solution to create backup copies of your important personal information such as contacts, messages, speed dials, tasks, appointments, etc.



PIM Backup has released its latest version 2.8 recently and it can be downloaded for free. PIM Backup can run manually or follow a customized schedule. This backup utility is not dependent on the pocket device, the version of Windows Mobile or the default language in the device. The backup process is easy to operate while the data restoration is fast and efficient. The PIM Backup tool is available free for Windows Mobile 6/5/2003SE. Users can download the application via the direct link here:

PIM backup v2.8 for WM5 & WM6

PIM backup v2.8 for WM2003SE








Jan 3, 2010

Qistina Hari Pertama ke Sekolah

The new beginning of her formal education...




But, there is someone eager to joint her in school, Syahmi Wafiq with his Barney bag








Jan 2, 2010

Happy New Year 2010





Guess what?, it is new year again. So what?, I dont know .... just take this opportunity to wish all "Happy new year"...

no idea to write more, coz tomorrow my daughter's first day in primary school. Then in the evening I need to catch my class too.



Related Posts with Thumbnails