Jul 15, 2010

Mari kongsi cerita




OK lama plak aku tak tulis kat blog nih, semua main feed dari web site org. yes, blog aku ni takde niche, bak kat opis mate aku carca marba. Apa yg aku rasa penting aku post kat sini dan kalau nak baca amatlah di galakkan. Tapi pagi2 buta ni aku terbaca satu post dari blog janawangadsense.com, macamana seorang IT engineer turn out to be successful internet entrepreneur, baca lah best utk motivasi kpd mereka2 yg suka duit digital. Huhu...


Pengalaman Berkerja


Ia bermula 5 tahun dahulu disebuah planet yang dipanggil Cyberjaya, tempat saya berkerja dahulunya. Saya mulakan kerjaya saya sebagai Support & System Engineer, kerja-kerja support ini dah mendarah mendaging kata orang tua-tua.



Handphone, nombor telephone rumah, Pager, nombor telephone keluarga dan mertua di kampung semua kena diberikan kepada Company supaya mudah untuk dihubungi… bayangkan!


Kalau orang lain mungkin tidur sebelah isteri, saya pula tidur sebelah handphone. Kalau customer call saya tidak jawap, esok awal-awal pagi kat office kena jawap depan management. Sampai ke tahap fobia kalau handphone saya tak berdering satu hari. Saya jadi risau, handphone saya rosak ke? walhal memang customer tak call pun :-)


Ini bukan kes customer yang beli ebook harga RM50 tetapi system yang ratus Juta dan Billion ringgit.


Kalau dapat emergency call, memang la malang nasib… system perlu recover dalam tempoh sejam… kalau tak kena penalty… Company kena bayar customer ikut Service Level Agreement… lebih dari 4 jam system down… mungkin berjuta penalty yang dikenakan sebab customer loss revenue.


No Life.. No Life… No Life…


Kalau waktu tu jugak anak sakit, bini merengek "NAK" memang tidak dilayan. Ya Allah, tidak boleh nak lupa saya pengalaman-pengalaman ini. Pernah tak anda kerja "around the clock, follow the sun"? Kalau bab travel oversea ini usah cakap la… airport dah jadi rumah. Kalau bab teknikal ini setiap byte dan bit saya buat tracing…


Cukuplah setakat itu saya cerita pengalaman kerja saya lebih kurang 5 tahun…Kata mat salleh ENOUGH is ENOUGH!



Jadi keadaan itulah yang membuatkan saya berfikir dan termenung… SAMPAI BILA?


Lebih kurang 4 bulan selepas saya di assigned sebagai Customer Support Manager iaitu August 2006…. saya QUIT!


Kalau saya tunggu beberapa bulan lagi.. boleh la cecah 5 angka pendapatan disitu.


Perniagaan Internet Saya Bermula


Bertitik tolak dari situ lah saya mula cari peluang untuk buat online business secara part time..


Saya berfikir macam ni, kalau lah aku gunakan MASA, TENAGA dan COMMITMENT yang aku beri pada company untuk perniagaan aku sendiri, pastinya perniagaan aku dah berjaya dan yang lebih penting saya buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain… own satisfaction!



Jadi perjalanan bermula disini…ketika itu tahun Mid 2004 kalau tak silap saya.


Saya seperti anda juga, saya buat search di Google, cari bagaimana nak buat online business yang tidak memerlukan banyak masa dan saya boleh buat part time memandangkan masa saya terhad. berkerja.


Tak Faham Dan Rasa Tertipu (Salah Sendiri)


Adalah tah macam mana saya terbeli satu produk "making money online" dari USA, rasanya masa itu saya cari maklumat pasal kereta Volvo (peminat Volvo katakan) dan saya terbeli pun sebab saya klik iklan Adsense yang terdapat di laman web forum tersebut (pada masa itu saya tak tahu yang itu iklan Adsense)… kelakar betul


Sampai sekarang produk itu masih saya simpan, tak guna pun sebab tah apa-apa kandungan dia.. borak je dalam video tu tetapi caranya tak diajar… TERTIPU? mungkin!


Saya PUTUS ASA? KECEWA?….No Way!



Pernigaan Internet Yang Pertama


Kemudian dalam pencarian saya tu saya terjumpa satu laman web (lead capture website) yang owner dia adalah gadis dari Indonesia bernama Anne Ahira. Saya kagum sebab dalam usia yang masih muda mungkin masa itu sekitar awal dua puluhan dah jadi international internet marketer. Beliau promosikan produk Financial Freedom Society (FFSI) secara network marketing. Team dialah yang paling TOP sebab dia create satu system yang kita boleh easily duplicate. Team dari US dan Europe bawah dia.


On the spot, next day saya terus join sebab pertamanya saya memang minat dengan produk tersebut yang mengajar untuk mengurus kewangan dan kedua saya tertarik dengan system yang Anne Ahira bina.


Knowledge & Skills First


Dari situlah saya belajar tentang internet marketing, apa itu Lead Capture Website, opt-in, Autoresponder (Email Marketing), Prospecting skills, Blogging, Adwords, Ezine, Solo Ads dan sebagainya dan fikiran saya mula terbuka seluas-luasnya mengenai internet marketing.


Beberapa hari selepas saya join, saya berjaya recruit prospect dari USA, Australia, Ireland, Malaysia, Singapore, Africa dan banyak lagi… semua saya buat secara online. Tidak ada satu meeting dan call pun yang saya buat… upline saya pun terkejut :-)


Masa itu memang saya nekad dan determination, saya memang terus terjun dan berenang. Saya cakap dalam hati saya, aku mesti belajar, buat dan praktikkan.



Menjana pendapatan online saya letak belakang dulu, yang UTAMA ialah KNOWLEDGE dan SKILLS. Tak pandang belakang lagi dah… kalau satu benda tu saya tak tahu, saya akan baca dan buat sampai faham.


kalau anda nak lihat blog pertama saya, boleh lihat pada link yang saya berikan dibawah, saya bina Disember 2004 dan saya dah lupa apa password nak login.


http://Give2Gain.blogspot.com


Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari


Dalam keadaan rancak itulah ketika mula nak merasa pendapatan dari online dengan bergaya, seperti kata orang tua-tua kita "panas tak sampai kepetang". Company FFSI tidak lagi menerima members untuk international market, mereka hanya terhadkan kepada USA sahaja… market shrink


Anne Ahira terpaksa bubarkan team network marketing beliau masa itu dikenali sebagai "Elite Team International". Sekarang beliau buka Internet Marketing Center (IMC) di Indonesia dikenali sebagai AsianBrain.com



Saya PUTUS ASA? KECEWA? Oh ho.. NO WAY! Tidak ada dalam kamus hidup saya.


Kenapa? sebab saya gain knowledge yang saya boleh expand in the future.


Dengan skill yang saya ada sebelumnya, saya mula buat Google Adsense. Pada masa itu bermulanya saya dengan Google Adsense sehingga pendapatan saya melebihi Gaji saya.


Segala teknik dan strategi saya belajar secara online, letih, buat salah, buat tak jadi, tangan/siku jadi kematu, mata merah (sampai bini cakap, cukup lah Bang mari tidur, esok sambung lagi), pergi office macam zombie, air tertumpah atas laptop, frust, semua itu dilalui sebab ada "burning desire" nak buat online business full time.


Seminar Dan Bengkel


Mungkin anda tidak mengetahui, mungkin juga ada yang tahu.. di Malaysia ni dulu ada satu Team yang buat Adsense ini secara Network Marketing.



Jadi salah seorang dari mereka mengenali saya yang bergiat dengan Adsense, dan dari situ saya dipanggil untuk buat Seminar mengenai Adsense dan juga bengkel Adsense untuk TEAM mereka.


Bermula dengan seminar di Hotel sehingga lah mengendalikan bengkel di lab komputer di UPM, saya mula mengadakan bengkel saya sendiri. Sehingglah saya pernah dijemput untuk beri briefing mengenai Internet Marketing, sejam saya dibayar RM1,000.


Seminar dan bengkel Adsense hanyalah sampingan kerana fokus saya lebih kepada Google Adsense itu sendiri.


Menulis Ebook


Memandangkan bengkel hanya terhad kepada 20 orang dalam satu masa dan tidak semua orang mampu untuk hadiri bengkel, maka saya mengorak langkah membuat ebook berkenaan Google Adsense. Oleh kerana kesilapan saya sendiri, tidak dapat menyiapkan ebook Adsense seperti yang saya janjikan pada subscriber, jadi saya releasekan 6 Modul Adsense secara percuma terlebih dahulu.


Itu semua hikmah dari Allah s.w.t, rupanya dengan 6 Modul Adsense yang saya berikan percuma menjadikan subscriber lagi bertambah tak sabar. Bila saya launch jualan Pakej, habis bersih serdak pun tak tinggal…sampaikan Server saya pun DOWN!


Sabar, Fokus dan Konsisten



Kalaulah dari awal dulu saya sudah kecewa dan putus asa, ini mungkin tidak akan terjadi.


Jadi jangan sekali-kali anda putus asa dan kecewa dalam berusaha membina perniagaan internet anda, setelah anda pastikan apa yang anda niagakan itu LEGAL dan VIABLE, teruskan belajar, fahami, praktikkan dan kalau buat salah pun tak apa sebab belajar.


Seperti yang saya katakan sebentar tadi letakkan "menjana pendapatan" nombor dua yang penting KNOWLEDGE dan SKILLS yang anda perlu anda bina untuk diri anda.



Belajar


Kalau tak tahu buat blog, lapangkan masa belajar buat blog, buat website, minisite, squeeze page, landing page, autorepsonder dan sebagainya.


Mahirkan teknik dan cara untuk membawa trafik ke laman web atau blog anda, mahirkan teknik email marketing, blogging dan sebagainya.


Sebulan, dua bulan, 6 bulan dan mungkin juga setahun anda perlukan untuk mula membuahkan hasil dalam perniagaan internet tidal mengapa sebab itu satu proses yang perlu anda lalui.


"No Magic" Please…


Berapa banyak hari, minggu, bulan dan tahun yang sudah lepas dalam hidup anda tanpa anda mahirkan diri anda dengan internet marketing dan anda mengharapkan sesuatu yang "MAGIC" berlaku tiba-tiba anda terjumpa kononnya lubuk emas, perigi duit dan tah apa-apa lagi yang boleh jadikan anda KAYA sekelip mata.



It Will NEVER Happen That Way!


Kesimpulanya, jangan sekali-kali putus asa dan kecewa. Rancang betul-betul dan mulakan, stay fokus. Jangan lompat dari satu program ke satu program, anda tidak akan kemana.


Kalau sebelum ini ada ada menerima email tips saya berkenaan Adsense dan Affiliate dengan teknik list building, that is where you should focus yourself…"membina list"… itu adalah ASSET yang penting.


Make your first dollar then the rest will come. [Yakin lah Rezeki Dari Allah!]


Banyak lagi yang ingin saya kongsikan kepada anda, tetapi ini pun dah panjang sangat. Nanti Bos anda marah. Saya sambung pada email yang akan datang.


Berikan pandangan anda, nasihat dan komen di ruang yang disediakan dibawah, mudah-mudahan pembaca yang lain mendapat manfaat darinya.




So camna ?, ok?. Nak compare dgn pengalaman aku, aku kerja dlm 2-3 thn jer yg agak mencabar lepas tu sampai ni , relax sikit kerja, bila kerja relax gaji pun relax la jugak hahahah... now aku tgh sambung belajar (relax lagi)...next year baru katam...so dlm ample time ni banyak le masa nak buat internet marketing, trust me, d internet worth so much for us.

3 comments :

  1. ajor le aku nak buat duit kat internet camana? Senang boleh goyang kaki ke?

    ReplyDelete
  2. pasni sir leh wat kelas google ad sense kat memana....nnt sy join. caj la skit utk buat seminar..hehe

    ReplyDelete
  3. Sir, adsense saya x berkesan lagi nie..ntah kat mana silapnyer ntah..plss help me..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails