Feb 26, 2009

Tulsa in memory lane

Dalam aku mensurfing Facebook aku tgk ada satu gambar tag kat aku, rupanya gambar tempat aku keja part time masa aku belajar kat Tulsa U dulu, terus tak buat keja lain, layan gambar2 U aku. Kawan aku tag gambar ni sbb dia sambung belajar kat situ balik, sayang gak dia kat Tulsa ni.

So aku nak share a few pics yg dah berubah, mana tau ada budak2 alumni TU tervisit blog aku nih. Gambar2 diambik dlm beberapa minggu yg lepas.

Ni tempat aku keja part time dulu


Ni tempat keja kawan aku, hahaha...tak berubah....



Ni le Aween, senior aku yag masih ada kat sana, selalu fishing dgn dia during weekend, bila nak balik malaysia ni?


McFarlin library, cam ni je lah bentuknya tak berubah, classic la library ni



Keplingger Hall, College of Engineering and Natural Science, kelas aku dulu banyak kat sini lah


Sekarang sudah ada official masjid/surau, MSA-muslim student asc., tu yg aku suka kat Tulsa ni , nak cari oriental food senang, kosher food pun senang and kat U ada surau/masjid




Ni kalau TU alumni visit, nak2 batch fly 94/95/96 kawan kita si Erwin Latip nama glamor dia Gomen selamat sambung belajar kat Tulsa University, dia ni sayang betul TU tak nak pi University lain tu...








Feb 24, 2009

Hukum Booking Proton Exora

Petikan dari carigold.com
Sebenornya kalau ikutkan hukum betul2 kita tak boleh lagi booking nak beli exora ni. Sebab proton masih tak tunjukkan betul2 ciri2 produk yg nak dijual tu. Gambar pun dia tak tunjuk malah rupa exora yg sebenar pun kita blm tau lagi secara muktamad sifat-sifatnya.

Apa hukum booking exora? hukumnya haram sebab syubhat dlm proses muamalah. Kita masih tak tau sifat sebenar & rupa exora yg sebenar2nya yg nak dijual oleh proton.

Sapa yg memandai kata haram ni? sapa lagi kalau bukan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dlm blognya apabila dia menjawab pertanyaan seorang pengunjung blog dia mengenai booking exora.

Aku secara peribadi bersetuju dgn ustaz ni sebab salah satu dari syarat sah jual beli adalah si pembeli mesti tau sifat, rupa, ciri-ciri benda yg dia nak beli secara muktamad & pasti. Exora? korang dah tau ke secara muktamad yg proton keluarkan? Yg kita tengok tu semua cedok dari web. Blm tau muktamad lagi bentuk rupa,sifat,ciri-ciri exora tu.











Malaysia First MPV


engine
campro CPS 1.6L
120ps(claim by Proton)
tune for Pickup(claim by Proton)
change gear ratio to suit the MPV spec.

interior
leather seats(High-line)
fabric seats(M-line)
CD,MP3,Wma player comes with bluetooth and ipod slot
rear aircont
7 seater
extra 12v socket at the back
radio control and phone button at steering.(steering kinda tiru honda style)

navigator GPs(H-line)
DVD player for passanger(H-Line)

Exterior
Sportlight(H-line)
15inch sport rim(ML/HL)
80degree door open for passenger
chrome finish for H-Line
grill like persona (H-line)


Booking fee only Rm500. (less RM500 than normal)
Proton Exora M-Line = Rm72,000
Proton Exora H-Line = Rm76,000

For First batch only Auto Available


Tah ye tidak maklumat ni....biasalah dealer kete and car salesman....putar alam

Dan di bawah ni adalah New Honda MPV and fit for 18 passengers (korang tgk kat tangki minyak motor tu , itu adalah logo honda) , honda will release this model to control the MPV market segment...





Petikan dari zahiruddin.net


Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


Proton Exora, itulah nama bagi kenderaan baru proton, sebuah MPV. Info berkenaan kenderaan ini sudah lama saya ketahui dari vendor-vendor Proton, reka bentuknya juga banyak disebar di sana sini. Walaupun belum rasmi bentuk terakhirnya. cumanya masalah semakin membesar apabila terdapat dua bentuk proton mpv yang disebarkan.


PENGALAMAN SAYA DAN PROTON (Pengalaman Ustaz, bukan blog owner)

Pengalaman saya mempunyai kereta. Dua kali saya membeli kereta proton dan kedua-duanya brand new car iaitu proton wira berwarna putih dan Proton Perdana V6 berwarna biru kehitaman. Saya membeli proton baru atas nasihat ramai rakan yang menggunakan proton used car atau second hand dan bergantung kepada nasib kata mereka. Iaitu jika bernasib baik, kereta second hand yang dibeli tiada banyak masalah besar, jika tidak akan habislah wang dan waktu kita untuknya.


Hasilnya, saya membeli kereta proton baru dengan harapan tinggi agar sekurang-kurangnya 3 tahun pertama menggunakannya tidak akan dijengah oleh sebarang masalah berat. Saya juga amat menjaga servis.

Setakat ingatan saya, Alhamdulillah kedua-dua proton yang saya miliki ini tidak begitu mendukacitakan, tiada masalah besar dan prestasi ok walaupun kualiti secara keseluruhannya kurang berbadning jenama Toyota, Honda dan lainnya. Cuma saya masih ingat bagaimana proton perdana saya mempunyai masalah aircond yang tidak sejuk sedangkan ia dalam tempoh jaminan. Apabila dibawa ke ejen proton servis mereka mengarahkan saya untuk pergi ke vendor aircond proton sendiri. Agak terkejut apabila mereka menyatakan bahawa satu bahagian dalam aircond yang saya dah tak ingat namanya, terdapat sedikit rumput dan daun kecil., menunjukkan ia pernah di'usik'. Lalu specialist bertanya sama ada saya atau mana-mana mekanik pernah membuak dna memperbaikinya.

Saya jawab tidak kerana memang tidak pernah, malah bahagian yang ditunjukkan juga adalah amat dalam dan tidak boleh dicapai oleh tangan biasa.

Dari situlah, baru saya ketahui saya menjadi mangsa membeli proton perdana baru tetapi ada kemungkinan telah terpakai atau terlalu lama disimpan. Hal ini semakin kuat mengganggu minda saya apabila ketika saya memasang tint di cermin, pakar di kedai tinted shop mengatakan tint asal di kereta Perdana saya sudah lama terpasang, sukar ditanggalkan dan ini menunjukkan kereta ini sudah lama walaupun saya beli brand new.

Itulah salah satu pengalaman sakit hati bersama Proton yang masih saya ingati. Saya yakin terlalu ramai yang mempunyai masalah yang lebih dahsyat dan kronik namun dalam maki hamun pengguna Proton, mereka masih setia mengguna dan membelinya. Banyak sebab dan bukan maskud saya untuk menghuraikannya di sini.

PROTON MPV DAN JUALAN PRA PELANCARAN

Bulan februari 2009, Proton MPV muncul, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Proton Holdings atas pengeluaran kereta baru ini dan tidak dinafikan bentuknya boleh dipuji, tetapi kualiti lain masih belum diketahui.



Cuma apa yang mendorong saya menulis artikel ini adalah pertanyaan dan laporan dari orang ramai yang sampai kepada saya mengatakan kereta MPV baru Proton ini sudah boleh ditempah, sedangkan harganya belum diputuskan. Ramai yang bertanya hukum kepada saya.


Sebelum saya memberikan ulasan, saya cuba mencari pengesahan pertanyaan ini. Namun tidak saya jumpai tawaran tempahan dibuka di web rasmi Proton Holdings iaitu http://www.proton.com/ dan http://www.proton-edar.com.my/


Namun saya jumpainya di dalam laporan berita berikut :-

Exora dapat sambutan hangat

PETALING JAYA 21 Feb. - Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.

Sambutan rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, hasil tangan tempatan ini sememangnya menakjubkan.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pihaknya mengunjurkan 4,000 hingga 5,000 tempahan menjelang pelancaran Proton Exora pada April ini.

‘‘Pada hari ini, kami menerima tempahan 15 hingga 20 buah MPV di cawangan ini,'' katanya pada Majlis Pra Pelancaran Tempahan Proton Exora di bilik pameran Proton di Mutiara Damansara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Zainal berkata, pihaknya belum dapat menyatakan jumlah sebenar tempahan yang diterima di seluruh negara.

Tetapi jika cawangan di tempat lain juga menerima angka tempahan yang sama, ia sudah pun melebihi unjuran kerana Proton mempunyai 300 bilik pameran di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini ramai orang telah datang bertanyakan mengenai Proton Exora

SUMBER

Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berIta nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.

Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :

1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.
2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]
3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim. [2]
4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan. [3]
Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam

من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم

Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Namun demikian, hukum mungkin berubah dalam beberapa keadaan tempahan, iaitu:-


1- Tempahan tanpa sebarang bayaran. Ia harus atau dibenarkan menurut hukum kerana ia ibarat janji satu pihak untuk memeterai kontrak istisna sahaja.

2- Tempahan dibuat dengan bayaran namun pembeli boleh menarik balik. Iaitu jika harga tepat dikeluarkan, pembeli boleh menarik balik tempahan tanpa denda jika mereka tidak selesa dengan kualiti, bentuk dan harga terakhir kereta itu. Jika tempahan yang dibuat dengan sifat sebegini, ia mungkin boleh menjadi harus akibat kuantiti gharar yang mengecil bagi pihak pembeli, manakala gharar yang berlaku di pihak Proton adalah masih kecil selagi mereka belum memulakan proses pembuatan.

3- Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberikan secara range iaitu dari RM 70,000 ke RM 80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hokum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi s.a.w.

Kesimpulan.

Sebaiknya pihak proton tidak terlalu tergesa-gesa untuk membuka tempahan kecuali setelah pelancaran mempamerkan kereta contoh di showroom proton edar dan harga tepat bagi setiap kapasiti enjin. Masalah semakin mendalam apabila gamabr yang disebarkan awam mempamerkan dua bentuk proton. Kita bimbang ada yang menyangka proton MPV dalam bentuk futuristik di atas tetapi apabila dilancarkan, bentuk pertama yang keluar.

Tanpa dipenuhi kedua syarat ini, pengurusan Proton dikira telah dan sedang melakukan penjualan kereta dengan kaedah dan cara yang bercanggah dengan Shariah. Kecualilah jika tempahan adalah dalam dua bentuk yang dijelaskan di atas. Apa yang jelas dari web proton, BOOKING FEE SEBANYAK RM 1000 adalah Non refundable ( tidak boleh dipulangkan kembali) dan dengan jelas juga dimaklumkan di dalam terms & conditions:

Accessories and packages are subject to change without prior notice.

Ertinya : Semua aksesori dan kackage kereta adalah tertakluk kepada perubahan TANPA SEBARANG NOTIS.

Jika inilah keadaannya, anadatentu dapat mengagak apa hukumnya?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
26 Feb 2009
http://www.zaharuddin.net/

Petikan dari zahiruddin.net





Feb 19, 2009

Gambar-gambar sejarah dijumpai

Last night , dlm aku mengemas bilik aku jumpa hard disk komputer aku, so aku pergi le tgk content dlm hdd tu mana la tau ada lagi yg aku tak backup.

Bila aku browse guna windows explorer terjumpa beberapa gambar yang aku scan masa awal tahun 2000-an, so saje jer nak share.


Ni aku dgn abg aku masa kitorang travel ke Chicago, tgh layan live band buat street show, tak silap aku nama band yg tak famous langsung ni Not The Joneses, kalau band ni dari indonesia "Not The Wak Jono"


Yang ni plak , awek yg pakai baju hitam tu sekarang dah jadi kakak ipar aku, yg kat tgh dok menonjang kan diri tu, aku tak kenal cuma bila aku mintak nak bergambar dia kata ok (tapi dlm bahasa omputih la- aku kat Chicago tuuuu) kalau aku tertolak kaki pjg dia tu mau tergolek dok


Sydney Opera House: Sampai gak aku kesini, nasib baik ada member ajak, masa ni aku pergi tgk member aku konvo kat Wollongong University nama university dia cam kat sumatera leplak , jgn marah ha WOU alumni


Inilah rakan2 seperjuangan university aku, ada mcm Mexican tak kitorang semua hahahahah



Ini plak gambar adik2 aku masa zaman diorang cute mute , sekarang ni dah macho dah, cuma yg tak berubah suka berkelahi cuma tak sampai tahap bertumbuk lagi


Gambar bersama kete kesayangan aku dulu, Honda Civic EF 1.5



Bersama haiwan peliharaan





Feb 14, 2009

Embed Comment Form below post in Blogger

Adapt from: Jul 5, 2008 in Blogger Hack, blogger tutorials by Mohamed Rias

One of the problem blogger have is that Blogger don't have a embedded comment form like wordpress. After a longtime , now blogger draft has found a trick to include comment form. It's really an easy hack for those who use templates provided by blogger. For those who use customized template need to include a HTML code to make the comment form appear below each post.

Let see how to do this :

Step 1 : First login to draft.blogger.com with your google account . Then in blogger dashboard click settings then comments. There you will find three options like this

As shown above check comment form placement : Embedded below post.

Step 1 is enough for users who use uncustomized blogger template. For them after doing this the comment form will be included below the post. Other users need to do the second step to make the comment form appear below post.

Step 2 :

Now go to Edit HTML section and first take a backup copy of your template. Then check expand widgets and search the folowing code



<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </p>



Now replace the above code with this following code




<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='comment-form'/> <b:else/> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </b:if> </p>



that's it save your template. Now you can see a beautiful comment form embedded below each post.

Screenshot :



Troubleshooting :

Do this step only if the comment form don't appear after step 2. In some templates even after adding this code the comment form will not appear. Thanks to Blogger Buster for this hack . Now search for <b:include data='post' name='comments' /> and add the following code immediately below it <b:include data='post' name='comment-form'/> .

After adding this code all templates will have comment form embedded below post . It's really one of the best hack which draft blogger has now made it available for all blogger users. Before this most visitors might have felt uneasy to comment , because to write comments we need to navigate from the page or a pop-up window will open . But now writing comments is made very easy.

Anything else we can do with the comment form ?

Yes , we can change the width and height of comment form .

to change the width and height of comment form just change the following code in green .



<b:includable id='comment-form' var='post'>
<div class='comment-form'>
<a name='comment-form'/>
<h3><data:postCommentMsg/></h3>
<p><data:blogCommentMessage/></p>
<iframe allowtransparency='true' expr:src='data:post.commentFormIframeSrc' frameborder='0' height='275' id='comment-editor' scrolling='auto' width='100%'/>
</div>
</b:includable>



Why are you waiting for , write a comment on this post and let me know how much you liked this post .






Feb 10, 2009

Paypal payment gateway


I'm participate in paypal payment gateway for about 3 years now, but since then I never receive any payment from participant merchant. About 3 months ago, reviewme.com offer me to review a few things, like motorsport (this is what I likem ost in my life) and pay my review for USD25 , after deducted a few dollars for commission here it is my first ever payment received through paypal.

If I manage to have this offer daily, so I'll get around USD25 perday x 30 aprox. = to USD700 and aprox = to RM2300 per month...... Susah lorr ...




You guys if consider online income as your part time earning, browse back to my previous post, there were a lots of option out there.... like adsense, clickbank, commission junction, review me, advertlets, ebay, lelong.com.my.....


SO, what is the payment gateway?
A payment gateway is an e-commerce application service provider service that authorizes payments for e-businesses, online retailers, bricks and clicks, or traditional brick and mortar. It is the equivalent of a physical point of sale terminal located in most retail outlets. Payment gateway protects credit cards details encrypting sensitive information, such as credit card numbers, to ensure that information passes securely between the customer and the merchant and also between merchant and payment processor.


you can read it here for more wikipedia




Related Posts with Thumbnails