Jan 25, 2009

Bagaimana membuat keyword research

Mengenalpasti niche atau keyword dalam perniagaan di internet adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya kita tidak mengambil kira faktor niche/keyword, semua usaha yang dibuat akan menjadi sia-sia kerana kita gagal menghasilkan sesuatu yang menguntungkan. Apabila kita berkecimpung di dalam internet, ia bermaksud duit, dan tanpa duit, maka kita gagal di dalam menjana pendapatan di internet. Salah satu faktor kesilapan tersebut adalah di sebabkan kita gagal mengenalpasti apakah keyword yang hendak digunakan. Terdapat pelbagai bentuk marketing yang kita boleh gunakan di internet untuk membawa traffik dan salah satu darinya adalah melalui organic search seperti dari Google, yahoo, msn dan sebagainya.



Kekuatan traffik dari Search Engine ini memang di akui berkualiti disamping ia adalah percuma. Modal yang diperlukan untuk mendapat kedudukan yang terbaik di Search engine hanyalah faktor kerajinan kita untuk menjalankan optimization. Di dalam Search engine, penentuan keyword adalah faktor yang SANGAT penting kerana sekiranya kita memilih keyword yang tidak tepat, segala usaha SEO akan menjadi sia-sia. Justeru hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana mencari keyword yang bertepatan dengan perniagaan anda agar ianya menguntungkan anda. Sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa, kedudukan yang terbaik di Search Engine tidak bermakna anda akan mendapat banyak duit, sekiranya kita gagal membuat convertion ke atas traffic dari Search Engine.



Untuk tujuan mencari keyword yang bersesuaian, saya hanya mengunakan tool yang percuma iaitu Google Keyword tool

. berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan.



1. Kenalpasti pasaran anda.


Dalam menentukan keyword, pastikan kita mengetahui di mana pasaran kita, sama ada di dalam negara atau pun di luar negara. Ini penting kerana keyword yang hendak di gunakan nanti akan mempengaruhi kedudukan website/blog anda di search engine. Penentuan pasaran ini penting agar anda boleh merangka website/blog anda. Ini melibatkan faktor seperti bahasa dan geographic location. Sekiranya anda mensasarkan pasaran luar negara, maka sudah tentu anda perlu mengunakan bahasa English (untuk pasaran english spoken group), bahasa arab, bahasa cina dan seterusnya. Setelah anda mengenal pasti pasaran , anda sudah mempunyai fokus dan idea arah tuju website/blog anda. Sebagai contoh, kita mengunakan niche mengenai ‘website design’ . memandangkan kita mengunakan keyword website design, maka sudah semestinya kita akan mengunakan bahasa English di dalam website/blog.




2. Kenalpasti pesaingan

Setelah anda mengenalpasti pasaran yang hendak di sasarkan, langkah ke 2 adalah dengan mengenalpasti persaingan. Dengan mengunakan Google keyword tool kita boleh mendapat anggaran jumlah carian di Google berdasarkan keyword tertentu.

berikut adalah persaingan yang wujud bagi website design.



Berdasarkan gambarajah di atas di dapati bahawa lebih kurang 9 ribu carian telah dibuat di google. Persoalan nya sekarang, adakah jumlah tersebut adalah jumlah carian yang dibuat? Yup betul itu adalah anggaran jumlah carian yang merangkumi semua jenis user. Pada pendapat saya, jumlah ini bukanlah jumlah yang berkualiti kerana keyword ini mungkin telah digunakan oleh orang seperti.

A. Website designer

Golongan ini mungkin hendak melihat kedudukan website mereka di google.

B. SEO services


Golongan ini mungkin memoptimasikan keyword untuk client mereka justeru adalah perlu bagi mereka monitor perkembangan website/blog tersebut.

C. Penguna

Golongan yang betul2 mencari website design.



Daripada golongan A, B, dan C ini, peluang untuk kita “menangkap” golongan C adalah terlalu sukar kerana kita tidak fokus dengan keyword yang hendak digunakan. Justeru sekiranya website kita berada di top 10 sekalipun, kita tidak akan mendapat conversion yang baik. Malah berapa lama jangka masa untuk anda memoptimisikan keyword yang sebegini. Sebulan? 2 bulan?. Kalau kita mampu berada di Top 50 adalah cukup baik dengan keyword yang terlalu general seperti ini. Tapi adakah berbaloi untuk kita menghabiskan masa yang lama untuk membuat optimization?

INGAT, IM is about Money. Kalau kita gagal membuat conversion, maka tiada gunanya kedudukan Top 10. Jadi Bagaimana? Sila ke langkah 3.



3. Kenalpasti permintaan



Kita perlu meletakkan diri kita sebagai penguna internet biasa yang mahu mencari sesuatu maklumat. Justeru kita harus berfikiran seperti mereka. Untuk menjadikan keyword kita lebih fokus,kita perlu mengabungkan beberapa keyword (long tail keyword) untuk menapis potensi user dari search engine iaitu mensasarakan kepada golongan yang benar-benar memerlukan service anda iaitu website design. Kita lihat contoh di bawah





dalam gambarajah di atas, kita mengabungkan keyword website design menjadi cheap website design. Semua orang nak murah kan? betul tak? Jadi dengan mengabungkan cheap website design, kita boleh terus mendapat traffic yang berkualiti iaitu sekitar 4000 traffik. Dengan membuat optimization dengan keyword seperti ini, peluang untuk mendapat convertion yang baik adalah cerah kerana kita lebih fokus kepada apa yang orang nak.



4. menjalankan Proses SEO

Seterusnya, anda boleh lah menjalankan kerja-kerja seo anda selepas langkan 1-2-3 tadi telah dijalankan.


Source: Myside2u.com



Jan 22, 2009

Kelisa New Project





























Daihatsu Airbag Steering


Gino Body Part


L 7 Mira Body Part























































user posted image

user posted image


























































*update 2010 Nov, SOLD to my brother, aku sayang kete ni, keta paling cute pernah aku bikin, sekarang org rumah aku layan keta ni plak Klik Disini
Related Posts with Thumbnails