Sep 15, 2008

Senario Hari Raya


Hari raya akan muncul lebih kurang 2 minggu lagi, hmmmm... aku mcm biasa tgh dok berkira berapa kah RM yg akan aku pakai dan terpakai, untuk family aku ,(dah lebih kurang 6 tahun beraya dan berfamily) yg biasanya baju dan kasut untuk anak, lepas tu baju utk kitaorang sendiri (me n my wife), itu dah jadi standard dan menjadi template setiap tahun. Selain dari tu tahun ni layan langsir baru je, perabot dan seangkatan dgn nya takde pembaharuan, cuma mesin basuh yg dah berkhidmat dgn kitorang selama 5 tahun dah di tukar. Lagi satu kos nak buat beli kuih , tahun ni tak tau lagi sbb harga barang melambung. Cuma yg aku tau kena berjimat cermat sbb harga barang melambung sbb harga minyak naik. Ok itu je pre-hari raya aku....

Setelah bertahun2 aku beraya kat Malaysia ni, Suasana raya bermula dari seawal ramadhan lagi. Kat berita TV3 akan buat liputan bazar ramadhan , jual juadah buka, itu jelah setiap awal ramadhan.

Lepas tu, cerita org kena tangkap sbb tak puasa, dan operasi ni di lakukan oleh pejabat2 agama. Dan tak lupa jugak gambar YB YB buat majlis berbuka dan derma, mesti masuk TV, kalau tak masuk TV tak nampak ikhlas plak.(?)



Masuk minggu kedua dan ketiga: kali ni turn polis + kastam masuk TV dan paper, gambar mercun yg berbondong bondong di rampas, dan "tindakan tegas akan diambil" - katanya lah. Masa ni memang banyak pegawai polis dan pegawai kastam masuk TV dan surat khabar berkongsi pengalaman tangkap mercun (sbb driver lori pun tak dpt tangkap so tangkap mercun sudah, janji masuk TV).Dan tak lupa jugak kpd saintis muda masuk hospital sbb tersalah bancuh mercun atau pun dlm experimen nak letupkan diri sendiri.





Bila dah nak dekat hari raya, polis traffic akan annouce Ops Sikap , Ops Statik dan pelbagai Ops lagi, sbb nak kurangkan kemalangan semasa pulang beraya. Then after that, kluar plak berita2 pengguna jalanraya mati kemalangu an ngeri dan sebagainya. Ini jelah senario saban tahun.



Masa raya nya plak, akan ada siaran TV tanpa henti, mcm2 bentuk hiburan. Pastu dlm TV beria open house PM dan VVIP yg lain........gitu je lah Malaysia ni.






0 COMMENT :

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails