Jul 9, 2008

Mat Rempit kiss my bumper

Masa aku nak pi beli minyak, jalan agak jem, walau pun jem ni adalah satu perkara yg jarang berlaku kat sini, tapi aku heran le, minyak dah mahal lagi banyak kereta kat jalan.

Sedang aku tunggu tgh melayan lagu, tiba2 ada satu mamat ni, ala rempit pakai moto modenas keris kaler hijau, himpit aku dan "prappp", lebih kurang cam tu le bunyinya, kalau nak dengar betul2 download le windows media player. Perrghhh parah aku , mamat tu boleh lambai je tanda mintak maap , pala hotak lu beb, turun la, mintak maaf. Aku nak turun tak boleh sbb banyak keta.

Sampai stesen minyak aku check , sedih dah ternoda bodykit front skirt aku, korang tgk le sendiri. Gambar ni lepas aku polish keta , kalau real time punya story lagi dahsyat. Aku paling sakit hati dgn mamat tu bukan nak berenti, bayar dlm RM50 pun ok gak boleh buat layan polish..



Ni close shot...

Click on image for enlargement


Malaysian 8th G Honda Civic Club




1 comment :

Related Posts with Thumbnails