May 28, 2008

Pengusaha bas mahu naik tambang 100 peratus

Berita ni aku quote dari carigold.com , biar betul, 100% beb,


28/05/2008 12:23pm


KUALA LUMPUR 28 Mei – Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Pan Malaysia mahu menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus.

Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana kos operasi yang semakin meningkat terutama perbelanjaan untuk membeli diesel dan penyelenggaraan kenderaan.

Katanya, jika cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan, berkemungkinan banyak syarikat bas yang akan gulung tikar.



Kesian kpd mereka2 yang munggunakan bas ni, dah le takde kereta atau motor nak, naik plak harga tiket bas, ni yang parah ni...

Seperti biasa ulasan aku... "GAJI AKU JE TAK NAIK2 yang lain semuanya naik" ...aku pernah dekat 3 tahun tak naik gaji...pastu naik gaji RM70 je , tolak KWSP RM50 je .

Makin bermasalah Malaysia Kita ni, Pulau Batu Putih dah burn dgn Singapore, politik hancusss, ekonomi so and so, kes jenayah, pengangguran, juvana, masalah budak hilang, menteri tido dan sebagainya.

Ni aku quote ulasan pro-aktif sikit

Di Mstar disiarkan berita Tambang bas dan teksi mungkin dinaikkan. Ulasan mudah Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi:



“Saya telah memberitahu Kabinet hari ini mengenai perlunya kajian seperti itu bagi mengenal pasti sama ada struktur tambang sekarang terlalu murah sehingga menyebabkan pengusaha bas ekspres dan teksi tidak dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan ciri keselamatan kenderaan mereka.


“Kita juga perlu tahu sama ada struktur tambang sekarang sesuai dengan kos operasi mereka. Umum mengetahui bahawa tambang bas dan teksi di negara ini adalah antara yang termurah di dunia..



Itulah alasan yang popular diguna pakai oleh pemerintah Malaysia untuk menaikkan apa juga harga barang atau perkhidmatan. Harga petrol dinaikkan, alasan yang sama, sebab petrol di Malaysia paling murah di dunia. Harga gula dinaikkan, kerana paling murah di dunia. Dan kini pengangkutan awam di Malaysia pula bakal menerima habuan hanya kerana kadar tambang di Malaysia paling murah di dunia!



bas Mahal pun satu masalah, murah pun satu masalah. Yang tetap terbeban adalah pengguna dan rakyat. Menteri takkan naik bas dan teksi untuk ke pejabat megah di Putrajaya, di saat rakyat terpaksa bangkit seawal 5 pagi untuk bersiap dan berkejar dan bertukar bas ke sana ke sini untuk memastikan mereka sampai ke pejabat tepat pada waktunya.




Isunya di sini adalah, apakah mereka sudah hilang nilai untuk menaikkan apa juga harga dan kadar tanpa memikirkan rakyat berterusan menanggung susah?



Alasan bahawa dengan peningkatan kadar, maka akan memberi ruang kepada pengusaha teksi dan bas untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, adalah satu alasan yang cukup tidak cerdik. Dalam apa keadaan, ciri keselamatan adalah perkara paling penting apabila ia membabitkan penumpang awam, itu paling mustahak.



Dalam konteks bas ekspres, ada pengusaha bas yang menggunakan bas usang untuk perjalanan jarak jauh, tetapi tambangnya tidak jauh beza dengan bas yang berkondisi selesa dan agak mewah. Usah sebut soal ciri keselamatan seperti GPS, kotak hitam (dulu bukan main sibuk diwajibkan, sekarang senyap sunyi!), malahan penghawa dingin pun kadang-kadang hidup, kadang-kadang mati!



Sama juga halnya dengan bas untuk lingkaran bandar seperti Metrobus, RapidKL, munasabahkah tambang dinaikkan dalam keadaan gaya pemanduan pemandu yang biadap dan samseng, di samping boleh dibilang dengan jari kekerapan bas-bas tersebut untuk sampai ke checkpoint mengikut masa yang ditetapkan? Bukan saja lewat 10 minit, malah sejam dua itu perkara biasa. Tanya saja golongan pekerja yang menaiki bas saban hari di Plaza Kota Raya mahupun Perhentian Bas Klang berhampiran Pasar Seni, saya pasti jawapannya sahih tepat.



Dalam keadaan sebegini, masih lagi ada usaha hendak menaikkan tambang bas?



Saya harap rakyat jangan lupa, bahawa lantaran kenaikan harga minyak pada tahun 2006, kerajaan menjanjikan penjimatan subsidi RM 4.4 billion akan disalurkan semua kepada rakyat melalui Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA). Dana ini, antara lain disebut akan digunakan bagi tiga tujuan :

o Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.

o Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara bas, LRT, monorel dan komuter;

o Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT.




Disebut di dalam makalah penjelasan EPU mengenai kenaikkan harga minyak:



Tujuan utama program ini ialah untuk melaksanakan sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Ia juga melibatkan sistem pengangkutan awam di bandar-bandar lain selain bandaraya Kuala Lumpur. Kerajaan yakin usaha menambah baik sistem pengangkutan awam akan meningkatkan mutu

perkhidmatan sekali gus memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Usaha ini secara langsung akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.



Jujur..saya melihat mereka mula hilang nilai mesra rakyat. Yang difikirkan hanya golongan kapitalis, tetapi rakyat akan terus terhimpit dengan asakan kos hidup yang membeban.

- *^(*&.wordpress.com




Walaubagaimanapun aku tetap besyukur

0 COMMENT :

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails